Kelas Pengenalan Video Pendek

03 September 2018 | Aktiviti Terkini

Video merupakan satu elemen penting dalam media sosial pada masa kini. Tujuan video dimuat naik adalah untuk mempromosikan sesuatu produk, berkongsi pengalaman, berkongsi maklumat yang menarik, dan sebagainya. Pusat Internet Kusial Bharu telah mengambil pendekatan kepada ahli-ahli dengan mengadakan satu bengkel iaitu Kelas Pengenalan Video Pendek.

Kelas ini disertai oleh ahli yang berumur 12 – 15 tahun. Mereka turut didedahkan dengan teknik-teknik mengambil video dengan menggunakan telefon pintar. Selain itu mereka juga turut didedahkan aplikasi-aplikasi yang mudah dan sesuai digunakan untuk menyunting video tersebut. Selain itu, peserta juga diberi penjelasan berkaitan dengan amalan baik dan kesan buruk terhadap penggunaan video di media sosial.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali