Sambutan Hari Kemerdekaan 2018 Bersama Tabika KEMAS

01 September 2018 | Aktiviti Terkini

“Sayangi Malaysiaku” merupakan Tema Sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun 2018. Oleh itu, setiap tahun negara kita akan menyambut hari bersejarah ini sebagai tanda mengingati perjuangan wira-wira negara terdahulu. Olehan demikian, Pusat Internet Kusial Bharu mengambil pendekatan untuk menghayati Hari Kemerdekaan ini dengan mengadakan program Sambutan Hari Kemerdekaan bersama Tabika KEMAS.

Program ini melibatkan ahli-ahli Pusat Internet dan juga pelajar-pelajar Tabika KEMAS berhampiran. Program ini dimulakan dengan perarakan pelajar dan diteruskan lagi dengan pertandingan mewarna di Pusat Internet Kusial Bharu. Seterusnya, penerapan amalan Klik Dengan Bijak (KDB) turut diberikan kepada ibu bapa pengirim dan juga guru-guru sekolah yang terlibat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali