Kelas Latihan Ms Power Point – Spesis Terancam

10 November 2018 | Aktiviti Terkini

Ms Power Point merupakan satu kemahiran asas yang perlu diterapkan kepada pelajar bermula di peringkat sekolah rendah lagi. Hal ini penting bagi membantu pembelajaran pelajar seiring dengan permintaan tugasan kerja rumah yang memerlukan penggunaan Ms Power Point. Olehan demikian, Pusat Internet Kusial Bharu telah mengadakan kelas Ms Power Point secara berkala bagi membantu pelajar untuk mahir dalam penggunaan Ms Power Point.

Kelas tersebut menggunakan tajuk Spesis Terancam sebagai medium pembelajaran bagi menarik minat pelajar terhadap kelas tersebut. Pelajar telah diberi tugasan untuk mengenalpasti spesis terancam dan membuat perbentangan mengenai spesis tersebut. Mereka juga telah didedahkan cara untuk mengambil gambar dari internet dan dimuatkan ke Ms Power Point mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali