Kelas Pengenalan Facebook Page bersama Empower ECER

1 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Facebook Page merupakan platfom penting dalam urusniaga yang melibatkan perniagaan secara atas talian pada masa kini. Olehan demikian, Pusat Internet Kusial Bharu dengan usahasama Empower ECER Tanah Merah telah mengadakan satu kelas pendedahan Facebook Page kepada usahawan-usahawan sekitar Tanah Merah yang masing-masing mempunyai produk untuk dipasarkan. Peserta yang terlibat berumur sekitar 25 – 43 tahun yang terdiri daripada mereka yang bekerja sendiri dan juga suri rumah.

Kelas pada kali ini telah berkongsi kepada peserta mengenai teknik mengenal pasti strategi perniagaan dengan menggunakan Bisnes Modal Kanvas (BMK). Melalui BMK peserta mula faham akan strategi pengurusan perniagaan mereka agar lebih jelas dan tersusun. Seterusnya, pusat internet telah membantu mereka mencipta Facebook Page dan membantu mereka melengkapkan facebook mereka dengan teknik copywriting yang berkesan. Akhir sekali, pusat Intenet telah berkongsi kepada mereka amalan-amalan Klik Dengan Bijak (KDB) dan keselamatan internet untuk mengelak daripada menjadi mangsa penyenayah siber.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali