Program Seminar Kerjaya

12 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Program seminar kerjaya ini dianjurkan oleh Pusat Internet Batu Gajah dengan kerjasama Pusat Internet Kusial Bharu dan Pusat Internet Kg. Lawang. Program ini bertujuan untuk membantu golongan belia dan usahawan untuk memajukan lagi perniagaan mereka. Program ini merupakan program perkongsian ilmu dan pengalaman para usahawan yang Berjaya kepada usahawan-usahawan yang baru memulakan perniagaan mereka.

Selain itu, program ini juga turut membuka peluang-peluang pekerjaan kepada peserta yang berminat untuk menjadi agen dan bekerja secara sambilan yang telah ditawarkan oleh usahawan-uasahawan yang telah berjaya. Program ini juga mendedahkan unsur-unsur pembangunan diri yang telah disampaikan oleh pengawai jemputan khas dari Zurich Takaful.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali