Program Taklimat dan Perjumpaan eKelas 2019

12 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Program Maxis eKelas merupakan satu inisiatif pembelajaran secara digital yang diterapkan kepada pelajar-pelajar daripada komuniti sekitar Pusat Internet. Program ini bertujuan untuk memberi ransangan kepada peningkatan prestasi akademik pelajar yang diterapkan oleh tenaga pengajar yang berkaliber dan berpengalaman. Selain itu, kaedah pembelajaran melalui program ini adalah secara Live Tutorial dan eCikgu di mana pelajar mudah untuk berinteraksi dengan guru. Program ini ditawarkan secara percuma kepada pelajar dari Darjah 6 sehingga Tingkatan 5.

Olehan demikian, Pusat Internet Kusial Bharu merupakan salah satu Pusat Internet yang terpilih untuk menjalankan program tersebut. Pada 15 Disember 2018, Pusat Internet Kusial Bharu telah membuka sesi pendaftaran kepada pelajar-pelajar sekitar yang berminat untuk menyertai program ini. Seterusnya, pada 11 Januari 2019, Pusat Internet telah mengadakan satu sesi taklimat kepada ibubapa dan pelajar yang telah dikendalikan oleh En. Afiq Fauzi dari Maxis. Akhir sekali, diharapkan program ini mendapat sokongan dan komitmen penuh dari ibubapa dan pelajar seterusnya berjaya memenuhi matlamat perlaksanaan program

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali