Kemudahan Awam
BALAI POLIS
Balai polis kg.kusial bharu ini dulunya adalah sebuah rumah kedai kayu 2 tingkat dan telah ditukar kepada bangunan baru.Balai ini sekarang dikenali sebagai pondok polis kusial bharu dan ianya tidak lagi ada anggota polis yang bertugas dan tempat ini sekarang akan di datangi anggota dari ibu pejabat daerah Tanah Merah untuk pemeriksaan sahaja.
MASJID KG.KUSIAL BHARU
Masjid ini adalah sebuah masjid besar di kawasan ini,dimana ianya digunakan oleh penduduk sekitar dan penduduk berhampiran kawasan ini.
SURAU DI KAWASAN PERUMAHAN KUSIAL BHARU
Surau ini adalah untuk penduduk di kawasan Perumahan awam Kusial Bharu.
KLINIK DESA KG.KUSIAL BHARU
ALAMAT:LOT PT3 KG.KUSIAL BHARU, 17500 TANAH MERAH, KELANTAN
NO.TEL:019-9775270
MUKIM:TEBING TINGGI
GELANGGANG FUTSAL
Gelanggang ini dibuat untuk kemudahan anak-anak belia di kawasan kampung ini yang disumbangkan oleh Yb Dato hj.ikmal hisyam
PADANG BOLA SEPAK
Padang ini merupakan padang utama di kampung ini dan ia juga dijadikan tempat perlawanan bola sepak daerah Tanah Merah.Kebanyakkan aktiviti padang di kawasan Tanah Merah dan Kampung berhampiran di lakukan di padang peruahan kusial bharu ini.
TAMAN PERMAINAN PERUMAHAN KUSIAL BHARU
Kawasan dan taman permainan ini disumbangkan oleh Yb Dato Hj Ikmal Hisyam
WAKAF BERISTIREHAT
Wakaf ini dibuat bertujuan untuk penduduk di kawasan kampung ini beriadah dan beristirehat,ianya ada di beberapa tempat di kawasan Kampung ini.