eKelas – DAYA & DNA

7 April 2019 | Aktiviti Terkini

eKelas pada kali ini telah memberi pembelajaran berkaitan dengan DNA untuk Tingkatan 5. Pelajar telah dikupaskan mengenai struktur DNA dan fungsi DNA kepada tubuh badan manusia. Seterusnya, pelajar Tingkatan 5 diminta untuk membuat satu model DNA dengan menggunakan bahan terpakai. Dengan tugasan amali ini, dapat memberi pengetahuan yang lebih terperinci terhadap pembelajaran hari ini.

Seterusnya, untuk tingkatan 1 pula eKelas telah berkongsi dengan mereka berkaitan dengan Daya. Pelajar-pelajar mula memahami konsep daya dan tenaga-tenaga yang mempengaruhi daya. Pelajar juga diminta untuk menyiapkan satu model kereta lumba yang menggunakan botol air minuman dan beloh untuk mengkaji keberkesanan daya tolakan. Kesimpulannya, pelajar-pelajar sangat seronok dalam mempelajari dan meyiapkan tugasan mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali