Program Simulasi Banjir

15 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pejabat Polis Daerah Tanah Merah telah menganjurkan satu program untuk menghadapi musim banjir dan disertai oleh beberapa lagi badan kerajaan yang lain seperti Bomba,JPAM,Hospital Tanah Merah,Askar Melayu Kem BT.11.selain itu juga badan NGO disekitar Tanah Merah ini juga turut serta dalam program ini.Program yang dinamakan PROGRAM SIMULASI BANJIR ini mendedahkan para peserta yang terlibat tentang bantuan kecemasan semasa berlakunya banjir dan cara mengunakan bot atau mengendalikan bot dengan betul.Setiap jabatan menghantar bot masing-masing untuk membuat latihan di Sungai Kelantan dan peserta diajar oleh tenaga mahir dan setiap aspek keselamatan semasa latihan dijaga oleh pasukan Bomba,Polis dan Askar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali