KDB Talk Covid - 19

8 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 7 November 2020, Pembantu pengurus Pusat Internet Komuniti RAKR Kusial Bharu telah memberi taklimat berkaitan dengan covid-19. Pelajar yang terlibat pada kali adalah daripada SMK. Dato Mahmud (2). Para pelajar telah didedahkan bagaimana virus ini mampu merebak di kalangan manusia dan gejala yang dialami oleh mereka jika mereka di jangkiti dengan virus tersebut.

Selain itu, pihak Pusat Internet Komuniti berharap para pelajar dapat menerapkan sifat penjagaan kendiri yang tinggi bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 dalam kalangan para pelajar. Kami bagi pihak pusat internet berharap taklimat berkenaan covid-19 ini dikongsi dengan kenalan terdekat mereka yang lain. Taklimat berkaitan dengan covid-19 kami akan mendedahkan kepada semua para pelajar di sekitar yang berdekatan dengan Pusat Internet Komuniti dan segala arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kami akan berkongsi kepada komuniti setempat dari masa ke semasa.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali