Menjana Ekonomi Digital @ Jeli

11 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Komuniti RAKR Kusial Bharu bersama Universiti Malaysia Kelantan telah mengadakan satu program “Menjana Ekonomi Digital” bagi membantu usahawan-usahawan mengembangkan perniagaan mereka melalui platform digital seperti Facebook dan Shopee. Kelas tersebut telah dikendalikan oleh staff PIK Kusial Bharu dan dibantu oleh staff Universiti Malaysia Kelantan.Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed. Program ini dilaksanakan bagi membantu para usahawan mengembangkan perniagaan mereka di samping memulihkan ekonomi pasca Covid-19. Usahawan telah dilatih bagi menggunakan platform atas talian sebagai norma baharu bagi mengembangkan pasaran mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali