Gotong-Royong Perdana RAKR Kusial Bharu

26 November 2021 | Aktiviti Terkini

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) RAKR Kusial Bharu bersama penduduk Kg. Kusial Bharu telah mengadakan satu gotong royong perdana bagi membersihkan kawasan perumahan dan kampung Kusial Bharu. Staff Pusat Ekonomi Digital (PEDi) mengambil kesempatan mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di PEDi RAKR Kusial Bharu bagi membantu usahawan-usahawan yang menjalankan perniagaan di atas talian seperti Shopee, Lazada, Carousell dan sebagainya. Staff PEDi juga mengambil kesempatan ini bagi menerangkan tentang penamatan rangkaian 3G dan akan di gantikan dengan rangkaian 4G yang lebih stabil daripada segi capaian internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali