Kelas Asas Shopee dan Lazada PEDi RAKR Kusial Bharu

25 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Pusat Ekonomi Digital RAKR Kusial Bharu telah mengadakan satu kelas Shopee dan Lazada bagi memberi penerangan kepada usahawan setempat yang ingin belajar menggunakan aplikasi Shopee dan Lazada bagi mengembangkan perniagaan mereka 24 Disember 2021. Seramai 5 orang usahawan telah datang ke Pusat Ekonomi Digital RAKR Kusial Bharu Aplikasi. Usahawan yang hadir telah diberi penerangan oleh Pengurus PEDi RAKR Kusial Bharu iaitu Encik Nik Ayub mengenai perisian Shopee dan Lazada. Di samping itu, ada juga beberapa usahawan telah mendatfar pada hari tersebut dan menggunakan ilmu yang diberikan kepada mereka. Mereka juga telah dilatih bagaimana ingin menyunting beberapa perkara asas seperti kos penghantaran dan penggunaan kod diskaun bagi kedai mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali