Buli Siber

27 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Komuniti RAKR Kusial Bharu telah mengadakan satu sesi siaran langsung streamyard pada 26 Februari berkongsi video “Klik Dengan Bijak” iaitu Buli Siber kerana pada masa sekarang terlalu banyak berita berkaitan dengan gejala tidak sihat iaitu keganasan dalam menggunakan media elektronik untuk mempersendakan seseorang. Sesi Streamyard Buli Siber ini telah dikendalikan oleh staff PIK Kusial Bharu Encik Nik Ayub Nik Aziz. Terlalu banyak isu yang hangat berkaitan dengan ancaman buli siber ini pada masa sekarang dan mampu mengundang pelbagai masalah seperti masalah tekanan perasaan, perasaan amarah yang melampau dan sikap suka bersendirian. Video ini juga memberi nasihat bagi menggelakkan msalah buli siber ini berlaku pada masa hadapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali