Kelas Poster Menggunakan Powerpoint

27 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Komuniti RAKR Kusial Bharu telah mengadakan satu sesi pembelajaran membuat poster menggunakan powerpoint melalui aplikasi eletronik siaran langsung iaitu streamyard pada 26 Februari. Kelas tersebut telah dikendalikan oleh staff PIK Kusial Bharu iaitu Encik Fareez. Beliau telah mengendalikan kelas tersebut yang berlangsung selama 30 minit. Pengikut-pengikut media sosial Facebook telah didedahkan dengan cara-cara membuat poster mengunakan aplikasi powerpoint bagi kegunaan harian mereka. Sebagai contoh, para pengunjung media sosial yang terdiri daripada golongan pelajar kolej, universiti mahupun peringkat sekolah mampu mempraktikkan didalam pembelajaran mereka bagi membuat poster.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali