Kelas Asas Shopee

30 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Komuniti RAKR Kusial Bharu telah mengadakan satu kelas Shopee bagi memberi penerangan kepada usahawan setempat yang ingin belajar menggunakan aplikasi Shopee bagi mengembangkan perniagaan mereka 29 Oktober 2021. Seramai 8 orang usahawan telah datang ke Pusat Internet Komuniti (PIK) RAKR Kusial Bharu Aplikasi. Usahawan yang hadir telah diberi penerangan oleh Pengurus Pusat Internet Komuniti RAKR Kusial Bharu iaitu Encik Nik Ayub mengenai perisian Shopee dan juga ada beberapa usahawan telah mendatfar pada hari tersebut menggunakan Latihan yang diberikan oleh mereka. Mereka juga telah dilatih bagaimana ingin menyunting beberapa perkara asas seperti kos penghantaran dan penggunaan kod diskaun bagi kedai mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali