Kelas Asas Komputer

1 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pusat Ekonomi Digital RAKR Kusial Bharu telah mengadakan satu kelas individu bagi memberi penerangan tentang penggunaan aplikasi asas computer seperti Microsoft Word dan Microsoft Excel bagi memudahkan pengguna yang dating pada hari tersebut mudah untuk menyiapkan urusan beliau yang memerlukan penggunaan perisian asas komputer pada 31 Julai. Pengguna tersebut telah dipantau oleh staff PEDi yang bertugas pada hari tersebut. Pengunaan perisian ini sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar dalam menyunting kerja yang diberikan kepada mereka. Selain itu, staff PEDi juga telah memberi penerangan sedikit sebanyak bagi memudahkan urusan pengguna tersebut yang memerlukan kemahiran asas dalam mengendalikan kemahiran komputer.

Sepanjang penubuhan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) RAKR Kusial Bharu telah berjaya memainkan peranan membantu komuniti sekitar Kg Kusial Bharu mengenali serta mempelajari asas menggunakan komputer dan internet untuk menyelesaikan tugas harian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali