Kelas Asas Shopee Siri 1

26 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Pusat Ekonomi Digital RAKR Kusial Bharu telah mengadakan satu kelas Shopee bagi memberi penerangan kepada usahawan setempat yang ingin belajar menggunakan aplikasi Shopee bagi mengembangkan perniagaan mereka bertarikh 25 Februari 2022. Seramai 5 orang usahawan telah datang ke Pusat Ekonomi Digital RAKR Kusial Bharu Aplikasi. Usahawan yang hadir telah diberi penerangan oleh Penolong Pengurus PEDi RAKR Kusial Bharu iaitu Encik Fareez Fazaen mengenai perisian Shopee. Di samping itu, ada juga beberapa usahawan telah mendatfar pada hari tersebut dan menggunakan ilmu yang diberikan kepada mereka. Mereka juga telah dilatih bagaimana ingin menyunting beberapa perkara asas seperti kos penghantaran dan penggunaan kod diskaun bagi kedai mereka. Staff PEDi RAKR Kusial Bharu juga turut mengajar usahawan setempat bagi mendapatkan promosi penghantaran percuma yang ditawarkan oleh pihak Shopee kepada penjual yang menggunakan platform mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali