Program Ppakat Caro Ppakat Cakno (PCPC)

17 April 2022 | Aktiviti Terkini

Pusat Ekonomi Digital Ekonomi (PEDi) RAKR Kusial Bharu bersama Pejabat Pelajaran Daerah Tanah Merah, IPD Tanah Merah, Agensi Anti Dadah Tanah Merah telah mengadakan satu program kerjasama bagi memberikan penerangan tentang bahaya penyalahgunaan dadah. Peserta telah dibantu oleh staff PEDi yang bertugas pada hari tersebut. Petugas PEDi RAKR Kusial Bharu menyampaikan sedikit sebanyak info yang boleh digunakan bagi mencari maklumat tentang penggunaan perkhidmatan atas talian untuk menyalurkan maklumat penyalahgunaan dadah. Selain itu, para pelajar telah di dedahkan bahaya tentang penyalahgunaan dadah dan bagaimana cara jika ingin melaporkan kepada pihak berkuasa tempatan dengan menggunakan E-Aduan iaitu aduan secara atas talian yang lebih memudahkan para pelajar untuk melaporkan sebarang maklumat tentang penyalahgunaan dadah dalam kalangan mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali