Kelas Usahawan Shopee Anjuran MDEC Bersama Usahawan PEDi
25 April 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital RAKR Kusial Bharu Bersama Malaysia Digital Economy Malaysia atau nama singkatannya MDEC telah mengadakan satu kelas usahwan bagi membantu usahawan-usahawan setempat dalam daerah Tanah Merah untuk mengembangkan perniagaan mereka melalui platform digital seperti Facebook dan Shopee. Kelas tersebut telah dikendalikan oleh staff PEDi Kusial Bharu dan dibantu oleh beberapa orang lagi staff PEDi Tanah Merah bagi membantu melaksanan program ini yang telah berlangsung di Hotel Humaira, Tanah Merah Kelantan. Program ini dilaksanakan bagi membantu para usahawan mengembangkan perniagaan mereka di samping memulihkan ekonomi pasca Covid-19. Usahawan telah dilatih bagi menggunakan platform atas talian sebagai norma baharu bagi mengembangkan pasaran mereka. Mereka juga dibantu oleh staff PEDi untuk membuat diskaun bagi produk yang dijual oleh mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: