Kelas Asas Shopee dan Lazada Siri 2

27 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Pusat Ekonomi Digital RAKR Kusial Bharu telah mengadakan satu kelas Shopee bagi memberi penerangan kepada usahawan setempat yang ingin belajar menggunakan aplikasi Shopee dan Lazada bagi mengembangkan perniagaan mereka bertarikh 26 Mac 2022. Seramai 6 orang usahawan telah datang ke Pusat Ekonomi Digital RAKR Kusial Bharu Aplikasi. Usahawan yang hadir telah diberi penerangan oleh Pengurus PEDi RAKR Kusial Bharu iaitu Encik Nik Ayub mengenai perisian Shopee dan Lazada. Di samping itu, ada juga beberapa usahawan telah mendatfar pada hari tersebut dan menggunakan ilmu yang diberikan kepada mereka. Mereka juga telah dilatih bagaimana ingin menyunting beberapa perkara asas seperti kos penghantaran dan penggunaan kod diskaun bagi kedai mereka. Staff PEDi RAKR Kusial Bharu juga turut mengajar usahawan setempat bagi mendapatkan promosi penghantaran percuma yang ditawarkan oleh pihak Shopee dan Lazada kepada penjual yang menggunakan platform mereka pada masa sekarang sekaligus dapat membantu usahawan kecil untuk mengembangkan perniagaan mereka di dalam platform jualan atas talian yang ditawarkan oleh mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali