Kelas Asas Komputer Microsoft Word dan PowerPoint

27 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) RAKR Kusial Bharu telah mengadakan satu kelas komputer bagi memberi penerangan tentang penggunaan aplikasi asas yang terdapat pada perisian komputer seperti perisian Microsoft word, excel dan sebagainya pada 26 Jun 2022. Pelajar yang datang dipantau oleh staff PEDi RAKR Kusial Bharu yang bertugas pada hari tersebut. Pelajar telah dilatih mennggunakan perisian asas yang terdapat pada computer tersebut seperti Microsoft Word dan Microsoft PowerPoint. Staff PEDi RAKR Kusial Bharu juga telah memasang perisian tersebut kedalam komputer riba pelajar tersebut bagi memudahkan beliau untuk menggunakan aplikasi tersebut bagi menyiapakan tugasan yang diberikan oleh guru mereka. Selain itu, staff PEDi RAKR Kusial Bharu juga telah memasang aplikasi perisian asas komputer sperti Microsoft word, excel dan sebagainya bagi memudahkan urusan pelajar tersebut.

Pelajar terbabit juga sering menggunakan kemudahan di PEDi RAKR Kusial Bharu bagi menyiapkan kerja kursus yang memerlukan penggunaan aplikasi-aplikasi asas Microsoft untuk menyiapkan kerja kursus tersebut. Para pelajar sering membuat temujanji bagi menggunakan kemudahan yang disediakan di PEDi RAKR Kusial Bharu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali