Kelas Asas Shopee

29 Oktober 2022 | Aktiviti Terkini

Pusat Ekonomi Digital RAKR Kusial Bharu telah mengadakan satu kelas Shopee bagi memberi penerangan kepada usahawan setempat yang ingin belajar menggunakan aplikasi Shopee bagi mengembangkan perniagaan mereka pada 28 Oktober 2022. Seramai 8 orang usahawan telah datang ke Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi) RAKR Kusial Bharu. Usahawan yang hadir telah diberi penerangan oleh Pengurus Pusat Ekonomi Digital RAKR Kusial Bharu iaitu Encik Nik Ayub mengenai perisian Shopee dan juga ada beberapa usahawan telah mendatfar pada hari tersebut menggunakan Latihan yang diberikan oleh mereka. Mereka juga telah dilatih bagaimana ingin menyunting beberapa perkara asas seperti kos penghantaran dan penggunaan kod diskaun bagi kedai mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali