Kelas Asas Microsoft

27 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Pusat Ekonomi Digital RAKR Kusial Bharu telah mengadakan satu kelas individu bagi memberi penerangan tentang penggunaan asas komputer dan perisian laman sesawang pada 26 Februari 2023. Pelajar tersebut telah dipantau oleh staff PEDi yang bertugas pada hari tersebut. Perisian laman sesawang tersebut dapat digunakan oleh para pelajar bagi membuat sebarang latihan atau kerja ilmiah yang diberikan kepada mereka oleh tenaga pengajar dari tempat mereka belajar. Pelajar juga mampu menggunakan ilmu berkaitaan computer untuk memudahkan urusan mereka dalam menyiapkan perkara yang berkaitan dengan computer pada masa akan datang. Kedua-dua pelajar terbabit mendapat beberapa ilmu berkaitan dengan Microsoft Word dan Microsoft Power point.

Sepanjang penubuhan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) RAKR Kusial Bharu telah berjaya memainkan peranan membantu komuniti sekitar Kg Kusial Bharu mengenali serta mempelajari asas menggunakan komputer dan internet untuk menyelesaikan tugas harian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali